Sarawak komited laksana kempen penanaman 100 juta pokok

Kelihatan Awang Tengah ketika mewakili Ketua Menteri pada mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-78

KUCHING,29 Jan:Sarawak terus Komited dalam perlaksanaan kempen Penanaman 100 juta pokok yang menjadi salah satu program penghijauan Malaysia yang dilaksanakan oleh kerajaan Perekutuan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali hasan berkata, bagi memastiakn program retorasi hutan berjaya, kepentingan untuk membangunkan tapak semaian yang mampu membekalkan 600,000 spesis pelbagai jenis pada satu satu masa perlu diberikan penekanan khusus.

“Bagi tujuan tersebut, kita memohon kerajaan pusat untuk mempertimbangkan dana sebanyak RM20 juta utk tujuan tersebut di bawah Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK-12),” katanya.


Beliau menyatakan hasrat tersebut ketika mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-78 yang diadakan secara atas talian pagi tadi dengan di pengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada mesyuarat tersebut,Awang Tengah turut memaklumkan kejayaan pelaksanaan “One day registration” yang digunapakai oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS)Sarawak.

Kini katanya, jabatan itu sedang mempertingkatkan kecekapan pendaftaran dengan melaksanakan 100 peratus “same day registration” pada tahun lalu

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan penggunaan portal eLasis juga telah mempertingkatan keupayaan urusan berkenaan pentadbiran tanah di sarawak. -DayakDaily