This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 13 Jun: Sarawak sedia tanam rumput jenis Zeon Zoysia di stadium bola sepak di Negeri ini, kata Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Menurut laporan TVS, cadangan diterima daripada Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bagi pelaksanaannya.
“Sekiranya stadium pertama (yang terlibat di Sarawak) dengan proses penanaman rumput, (kita memiliki) stadium kedua yang masih dapat digunakan,” ujar Abdul Karim.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) dan Mesyuarat Pelarasan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri di Putrajaya pada semalam.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Sebelum ini Kedah dan Perak bersetuju untuk menggunakan rumput Zeon Zoysia di stadium masing-masing seperti dicadangkan oleh KBS.
Pada Januari, KBS menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis berkenaan.
Sementara itu, Abdul Karim memberitahu, pihaknya belum memutuskan rumput berkenaan akan ditanam sama ada di Stadium Sarawak atau Stadium Negeri Sarawak.
Penanaman rumput berkenaan juga dilaksanakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan dijangka siap pada September atau Oktober tahun ini. — DayakDaily