Sarawak beri lanjutan Moratarium, subsidi faedah kepada PKS

Awang Tengah (tiga,Kanan) ketika sidang media pengumuman Inisiatif Tambahan di bawah BKSS 5.0 di Wisma Sumber Alam, Kuching.

KUCHING, 3 Feb : Sarawak melanjutkan tempoh morotorium bagi pinjaman Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) dan Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) selama enam bulan lagi hingga Jun ini dibawah inisiatif tambahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata selain tambahan lanjutan morotarium, peminjam di bawah skim tersebut juga diberikan subsidi faedah selama tiga tahun setengah (42 bulan) terhadap jumlah pinjaman mereka.

katanya lanjutan monotorium dan Subsidi faedah itu diberikan kepada semua pemimjam sedia ada dibawah kedua-dua skim terbabit.


“Bagi usahawan B40, mereka akan menikmati pinjaman tanpa faedah sehingga RM10,000 yang telahpun di laksanakan sejak tahun lepas sementara untuk pinjaman yang satu lagi iatu sehingga RM50,000, usahawan terlibat akan menikmati subsidi faedah selama tiga setengah tahun.

“Untuk menikmati manfaat ini, peniaga atau usahawan terlibat haruslah mempunyai lesen atau permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan kerana kita ingi memudahkan proses terbabit semudah yang mungkin,”katanya pada sidang media pengumuman Inisiatif Tambahan di bawah BKSS 5.0 di Wisma Sumber Alam di sini hari ini.

Awang Tengah yang juga Menteri perdagangan Antarabangsa, Industri, Terminal Perindustrian dan pembangunan Usahawan berkata, sehingga kini sejumlah 1,370 usahan mikro serta B40 mendapat manfaat daripada SKMS manakala sejumlah 180 pemohanan baharu lagi masih dalam proses penilaiann

Beliau berkata, susulan sambutan menggalakan terhadap skim tersebut, kerajaan sarawak beretuju untuk menambah peruntukkan sebanyak RM50 juta untuk SKMS dan RM20 juta kepada RM2 juta sedia ada untuk SPIKS.

“Inisiatif ini (lanjutan Moratarium dan Subsidi Faedah) dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih 1,900 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak ini.

“Manakala bagi pemohonan baharu yang diluluskan sehingga 30 Jun 2021 ini, pemijam terbabit (SKMS dan SPIKS) juga layak untuk menikmati enam bulan moratarium dan juga subsidi faedah selama tempoh tiga tahun setengah (42 bulan),” katanya.

Tambah Awang tengah, Kerajaan Sarawak turut bersetuju untuk memberikan subsidi faedah yang sama kepada peminjam di bawah kemudahan bantuan dan pemulihan Bersasar (TRRF) dan Penjana Tourism Financing (PTF)

Ujar beliau, Kementerian perdagangan Antarabangsa, Industri, Terminal Perindustrian dan pembangunan Usahawan akan berunding dengan 12 institusi kewangan tempatan bagi melaksanakan insiatif tersebut.

” Sehingga kini sebanyak 279 pemohonan telah diterima daripada PKS Sarawak untuk dibawah TRRF dan kita menjangkakan jumlah itu akan meningkat memandangkan dana tersebut tersedia sehingga penghujung tahun ini seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Awang Tengah berkata, bagi PTFpula, sejumlah 26 pemohonan yang diterima daripada PKS telah diluluskan melibatkan pinjaman bernilai RM5.8 juta dengan subsidi faedah berjumlah RM709,319 telah di salurkan.

“Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia ini yang menyediakan subsidi faedah bagi Tabung pemulihan Khas (SRF), TRRF dan PTF,” katanya.-DayakDaily