Sarawak akan terus cemerlang dalam sukan — Minos

Dato Peter Minos
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 25 Ogos: Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Dato Peter Minos yakin Sarawak akan terus cemerlang dalam bidang sukan.

Katanya, ia berikutan kejayaan Sarawak muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) 2024 yang berakhir semalam.

Advertisement

“Rakan kita di Semenanjung tidak lagi akan memandang rendah terhadap kemampuan anak Sarawak.

“Kita muncul juara keseluruhan Sukma 2024,” kata Peter.

Menurut beliau, kejayaan tersebut juga disumbang oleh kepimpinan Negeri khususnya Premier Sarawak yang sentiasa memberi sokongan kepada sukan.

Ujarnya, kepimpinan Premier memiliki sikap yang proaktif, pelaksanaan berkesan dan berwawasan.

“Sebagai anak Sarawak kita berasa bangga dan gembira dengan kejayaan ini.

“Sesungguhnya ia adalah hasil kerja keras semua pihak, yang telah menghadiahkan kita satu kegembiraan,” kata Minos.

Sarawak mencapai sasaran muncul juara selepas mengutip 76 pingat emas, 54 perak dan 68 gangsa.

Sarawak hanya mengatasi Wilayah Persekutuan yang berada di kedudukan kedua dengan perbezaan satu emas.

Wilayah Persekutuan mengutip keseluruhan 75 emas, 65 perak, 72 gangsa. — DayakDaily

Advertisement