SAR untuk dua tentera hilang di samudera dihentikan sementara

Mohamad (tengah) di sidang media di Kem Penrissen, Kuching hari ini (Julai 29, 2019). Zamrose duduk di kiri.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Julai 29: Usaha pencarian dua anggota tentera yang hilang di Pulau Perak, Kedah yang melibatkan kawasan samudera dihentikan sementara pada Julai 26 lepas.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu pada satu sidang media di Kuching hari ini berkata SAR dihentikan sehingga ada petunjuk baru.

Advertisement

Namun demikian, beliau menjelaskan yang pencarian di kawasan sekitar Pulau Perak masih diteruskan.

“Usaha mencari telah berlangsung dimana semua cabang angkatan tentera telah dikerah untuk menjalankan kerja mencari dan menyelamat (SAR).

“Buat masa ini, pencarian di samudera telah dihentikan sehingga petunujuk baru ditemui,” katanya.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan kerja ke projek cadangan peningkatan dan ubah suai RKAT Kelas G dan projek Poliklinik di Kem Penrissen.

Identiti kedua-dua anggota tentera hilang tersebut dikenal pasti sebagai Koperal David Edmund Rapi, 29, yang berasal dari Dalat dan Lans Koperal Moses Logers dari Bau.

Kedua-dua mereka berketurunan Melanau dan Bidayuh masing-masing dan terlibat di dalam satu operasi di pulau tersebut.

Mereka yang bertugas di Rejimen Keempat Renjer Diraja kali terakhir dilihat di blok penginapan di pulau tersebut sekitar jam 5 petang pada Julai 19.

Gerakan besar-besaran telah diaktifkan untuk mencari mangsa melibatkan pesawat SAR milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pulau Perak merupakan pulau batuan granit seluas satu kilometer yang terletak di perairan terhujung barat Semenanjung Malaysia, di perairan Selat Melaka.

Turut hadir di sidang media itu Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato Wira Zamrose Mohd Zain. — DayakDaily

Advertisement