Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2020 pada 7 Nov di Kompleks Sukan Asajaya, Samarahan

Abdul Karim (tengah) pada sidang media di Kuching hari ini. Turut kelihatan Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan (kiri).

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Chris Bishop

KUCHING, 14 Okt: Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2020 akan diadakan di Kompleks Sukan Asajaya, Samarahan pada 7 November ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.


“Objektif sambutan ialah untuk mengiktiraf sumbangan para belia di dalam agenda pembangunan negeri.

“Ia juga bertujuan memupuk kerjasama para belia, pertubuhan-pertubuhan belia daripada pelbagai peringkat dan sektor di peringkat negeri, bahagian serta daerah,’katanya pada sidang media di Bangunan Baitulmakmur di sini hari ini.

Menurut Abdul Karim, penganjuran Hari Belia itu nanti melibatkan para belia daripada sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, dan belia dari bandar serta luar bandar.

Tambah beliau, Abang Johari akan menyampaikan Anugerah Belia Negeri (individu lelaki dan wanita) dan Anugerah Belia Negeri (persatuan) pada sambutan itu nanti.

Katanya, pemenang Anugerah Belia Negeri (individu) masing-masing akan menerima RM5,000 manakala pemenang dan naib johan Anugerah Belia Negeri (persatuan) akan menerima RM10,000 dan RM7,000.

Dalam pada itu, beliau berkata sambutan kali ini hanya akan disertai 1,000 belia dan mereka akan memastikan prosedur operasi ‘standard’ (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dipatuhi.

Antara pengisian program termasuk demo aktiviti sukan, demo sukan ‘mini tiny’, demo sukan ‘skyrunner’, radio amatur, pameran Hotwheels dan gundam, sukan kreatif robotik dan pameran ‘mini drone’. — DayakDaily