MIRI, 16 Dis: Penyambungan haram bekalan elektrik yang dilakukan di sebuah rumah teres dua tingkat di Lorong Jati, Senadin di sini dipercayai menjadi punya yang menyebabkan kebakaran di rumah terbabit.
Jurucakap cakap Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut menerusi talian terus ke Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng pada jam 2.55 pagi ini.
Katanya, komander operasi melaporkan kebakaran terbabit bermula daripada sebuah bilik di rumah tersebut yang digunakan oleh pemiliknya untuk menyimpan barang dan alatan elektronik.
“Anggota bomba bertindak mencabut suis bekalan utama elektrik ke rumah tersebut terlebih dahulu bagi memastikan bekalan elektrik terputus sepenuhnya ketika memulakan operasi pemadaman kebakaran.
“Anggota bomba juga terpaksa memotong pagar rumah berkenaan bagi membolehkan mereka masuk dan melakukan kerja-kerja pemadaman tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Tambah jurucakap itu lagi, tiga anggota bomba nyaris terkena renjatan elektrik ketika melaksanakan tugas mereka namum berjaya menyelamatkan diri.
“Anggota terbabit hampir terkena renjatan yang mana terdapat sambungan haram dirumah tersebut dan perkara itu disahkan oleh kakitangan Sarawak Energy Berhad yang turut berada di lokasi kejadian,” tambah kenyataan itu.
Kebakaran yang memusnahkan 40 peratus struktur rumah tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa memandang rumah tersebut tidak berpenghuni ketika kejadian. — DayakDaily