Sagah terima kunjungan delegasi Pusat Sains Singapura

Kelihatan Sagah (tiga dari kanan) semasa kunjungan delegasi Pusat Sains Singapura.

KUCHING, 25 April: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah hari ini menerima kunjungan delegasi daripada Pusat Sains Singapura di pejabat di Bangunan LCDA.

Kunjungan bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara Sarawak dan Singapura.

Perbincangan bersama ketua rombongan Ketua Pegawai Eksekutif Dr Lim Tit Meng meliputi hal berkaitan dengan pendidikan, dan pembangunan bakat.


Turut dibincangkan adalah bagaimana untuk menarik minat belia terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Sagah mengucapkan terima kasih kepada pihak Singapura kerana banyak membantu merealisasikan hasrat dan impian Sarawak untuk berjaya memiliki pusat sains sendiri.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden. — DayakDaily