Sabati sumbang barangan keperluan perayaan di DUN N14 Batu Kawah

Dr Sim membuat ucapan ringkas di majlis penyerahan sumbangan barangan keperluan perayaan 2019.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, Mei 27: Seramai 50 keluarga dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah menerima sumbangan barangan keperluan asas daripada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (Sabati) hari ini.

Sumbangan bersempena dengan Perayaan Hari Gawai dan Hari Raya 2019 ini disempurnakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap ADUN Batu Kawah Datuk Dr Sim Kui Hian.

Berlangsung di Pusat Khidmat N14 Batu Kawa, para penerima terdiri daripada kaum Dayak dan Melayu dari Kampung Desa Wira, Sinar Budi Lama, Sinar Budi Baru dan Rantau Panjang.


Dr Sim dalam ucapan ringkas beliau berharap sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban penerima menjelang perayaan kali ini.

Turut hadis isteri Dr Sim, Datin Enn Ong dan ketua-ketua kaum setempat. — DayakDaily