Rumah dijadikan pusat judi atas talian diserbu polis

Anggota polis dari cawangan D7 Jabatan siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontigen Sarawak memeriksa peralatan dan komputer yang dipercayai digunakan untuk kegiatan judi atas talian dalam serbuan di sebuah rumah di Batu 4, Kuching.
Advertisement

KUCHING, 28 Okt: Dua lelaki warga tempatan antara 14 suspek yang ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di disini selepas dipercayai terlibat dengan aktiviti judi atas talian.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Denis Leong Soon Kuai, serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dan anggota dari Cawangan D7 JSJ Ibu pejabat Polis Kontigen (IPK) Sarawak sekitar 2.45 petang tadi selepas memperoleh maklumat mendedahkan mendedahkan terdapat kegiatan judi atas talian di premis terbabit.

“Dalam sebuan tersebut, anggota kita telah menahan dua lelaki warga tempatan dan lapan lelaki serta empat wanita warga asing.

Advertisement

“Kita turut merampas semua peralatan iaitu tujuh komputer dan dua peralatan komputer yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan tersebut,” katanya.

Menurut siasatan awal, polis percaya suspek terbabit telah menjalankan aktiviti tersebut di premis berkenaan sejak setahun yang lalu.

Tambah Leong, suspek dipercayai mampu menjana pendapatan sehingga RM300,000 sebulan menerusi kegiatan tersebut.

“Kesemua suspek warga asing yang ditahan mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan kesemua mereka termasuk dua warga tempatan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk siasatan lanjut.

“Kita akan memdapatkan perintah tahanan reman terhadap semua suspek esok dan kes di siasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. — DayakDaily

Advertisement