Roland: Jangan Bantah MPKKP

Parti Keadilan Rakyat logo.

KUCHING, OKT 26:  Penduduk-penduduk di kawasan Puyot dan Lubok Nibong di Baram, Mulu mmberikan sokongan pada penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP).

Ketua Cabang Keadilan Baram, Roland Egan berkata sokongan itu dinyatakan mereka  semasa menghadiri taklimat penubuhan MPKKP di Bandar Marudi semalam.

“Mereka menyatakan sokongan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menubuhkan MPKKP di setiap rumah panjang di kawasan Puyot dan Lubok Nibong,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.


Selain itu tambah Roland, mereka juga merayu kepada ketua masyarakat dan ketua kaum agar tidak membuang masa membantah penubuhan MPKKP.

Katanya, kebaikan dan manfaat yang bakal dibawa oleh Kerajaan Persekutuan melalui MPKK harus diteliti.

Sebaliknya tambah beliau, penduduk Puyot dan Lubok Nibong menggesa ketua masyarakat dan ketua kaum untuk fokus membantah pemberian tanah adat di 35 rumah panjang di kawasan mereka kepada PELITA (Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah).

“Pemberian untuk tujuan penanaman kelapa sawit itu dilakukan tanpa proses rundingan yang telus dengan penduduk.

“Mereka harus membantah pengukuran keliling di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak yang tidak telus yang kononnya bertujuan membuat sempadan pajakan sementara (PL) antara PELITA dan tanah adat kampung.

“Sedangkan semua kawasan tanah dalam sempadan antara 35 kampung itu adalah tanah adat mereka,”tegas Roland. — DayakDaily