This Content Is Only For Subscribers
BAU, 29 Julai: Peruntukan sebanyak RM3.2 juta disediakan menerusi ‘Greater Kuching Coordinated Development Agency’ (GKCD) bagi menyediakan kemudahan di Bung Jagoi, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Dato Henry Harry Jinep.
Menurut beliau, keutamaan adalah untuk membina jalan penghubung dan bekalan elektrik 24 jam ke penempatan di atas gunung tersebut.
“Dengan kemudahan ini kita boleh menyediakan banyak lagi homestay di Bung Jagoi.
“Kita mahu ia menjadi salah satu produk pelancongan popular di Bau,” katanya ketika Perasmian Hari Bung Jagoi di sini, hari ini.
Tambah Henry yang juga Adun Tasik Biru, jalan penghubung nanti akan memudahkan mereka yang tidak dapat berjalan kaki.
“Manakala bekalan elektrik kita ambil dari grid sedia ada dari Kampung Duyoh.
“Bila bekalan elektrik sudah ada, kita akan menggunakan pam air elektrik bagi membekalkan air ke kawasan gunung,” katanya.
Menurut Henry, masih terdapat beberapa rumah tradisional yang dikekalkan di atas pergunungan tersebut.
Melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP) katanya, peruntukan disediakan secara berterusan bagi menaiktaraf rumah dan kemudahan. — DayakDaily