Riot adakan perbincangan projek tenaga diperbaharui bersama syarikat Jepun

Riot pada perbincangan secara aplikasi Zoom online bersama wakil syarikat dari Jepun.

KUCHING, 8 Dis: Duta Khas ke Asia Timur Datuk Seri Richard Riot Jaem hari ini mengadakan perbincangan bersama syarikat dari Jepun mengenai cadangan perkongsian pintar projek penjanaan tenaga diperbaharui melalui solar di Sarawak.

Perbincangan diadakan bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nitto Freshco Synergy Sdn Bhd, New Yoong Chee.

Riot yang juga MP Serian turut berbincang melalui zoom online dengan Sayo Yamaguchi dan Hideyuki Tamotsu.


Mereka mewakili syarikat-syarikat tertentu yang menunjukkan minat mereka melabur di Malaysia. — DayakDaily