Ringankan beban mangsa kebakaran rumah Labang, AIM dan KUBS hulurkan sumbangan

AIM menyerahkan cek sumbangan RM5,000 bagi meringankan beban mangsa kebakaran rumah Labang Sungai Tukai, Sarikei.

SARIKEI: Meringankan beban mangsa kebakaran rumah Labang Sungai Tulai di sini, baru-baru ini, Kelab Usahanita Berjaya (KUBS) Sarikei dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Sarikei menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa.

Pengurus Cawangan AIM Sarikei, Abdul Hafiz Soni berkata, sumbangan keseluruhan berjumlah RM75,000 itu daripada Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) AIM.

“Seramai 15 sahabat AIM Cawangan Sarikei masing-masing menerima sumbangan berjumlah RM5,000,” katanya di sini hari ini.

Katanya,pada masa yang sama, KUBS juga menghulurkan sumbangan keperluan asas harian seperti beras, gula dan lain-lain.

“Sumbangan yang kita hulurkan ini bermatlamat meningkatkan semangat kerjasama, mengurangkan beban di samping meningkatkan tahap kebajikan dalam kalangan sahabat AIM,” katanya.


Share this article!