Remaja maut, motosikal bertembung dengan MPV di Bau

Siasatan dijalankan di lokasi kemalangan.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


BAU, 25 Julai: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata kemalamgan berlaku di kilometer 18 Jalan Bau-Serikin sekitar jam 7.30 malam.

Katanya, mangsa yang 16 tahun dan berasal dari Kampung Duyoh, Bau semasa kejadian menunggang motosikal dari arah Bau menuju ke Kampung Serikin.

“Apabila sampai di lokasi kemalangan, motosikal mangsa telah masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan MPV tersebut yang bergerak dari arah Serikin menuju ke Kuching.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah mengalami kecederaan di kepala, kaki serta tangan dan disahkan meninggal dunia selepas diperiksa kakitangan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa kemudian di bawah ke Hospital Bau untuk tindakan selanjutnya.

Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily