Remaja lelaki cedera, kereta terbabas, rempuh lori di Sri Aman

Keadaan hadapan kereta mangsa mengalami kerosakkan teruk.

SRI AMAN, 12 Feb: Seorang ramaja lelaki mengalami kecederaan parah selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar sebuah lori di Kilometer 54 Jalan Skim Skrang, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa,19 tahun semasa kejadian bergerak dari Sri Aman ke arah Betong sekitar jam 2.52 petang.

Katanya, mangsa dipercayai gagal memgawal keretanya lalu terbabas.


“Mangsa terbabas ke kiri jalan dan bergerak masuk semula ke laluan bertentangan merempuh bahagian tengah penghadang tangki minyak dan tayar belakanh sebuah lori.

“Akibat perlanggaran tersebut menyebabkan mangsa cedera di kepala dan dihantar ke Hospital Betong untuk rawatan kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya juga, mangsa difahamkan akan dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Sementara pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily