Rakyat DUN Gedong sokong kepimpinan Abang Johari, tegas Naroden

Dari dua dari kiri: Naroden, Abang Johari, Awang Tengah dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar kelihatan di Majlis Perasmian Pesta Gedong hari ini (Mac 24, 2019).
Advertisement

Oleh Chris Bishop

GEDONG 24 Mac: Majoriti penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Gedong berdiri teguh dibelakang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Berucap di majlis perasmian Pesta Gedong hari ini, ADUN Gedong yang juga Menteri Muda e-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais berkata hampir keseluruhan penduduk menyokong kepimpinan Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Advertisement

“Memang ada sekumpulan kecil yang membuat bising melalui media sosial Facebook dan sebagainya. Tetapi yang berdiam diri sahaja dan tidak membuat bising majoritinya penyokong GPS,” kata beliau.

Majlis Perasmian Pesta Gedong yang diadakan di Panggung Terbuka Gedong disempurnakan Abang Johari dan turut disertai Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Naroden yang juga Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana menambah, kerajaan negeri pimpinan GPS tidak memerlukan kumpulan kecil tersebut.

Tegasnya mereka yang selalu mebuat bising itu umpama tin kosong yang bunyinya kuat tetapi tiada isi.

“Kita tak mahu tin kosong, kita mahu yang penuh dengan air dan kita tidak rela sumber asli negeri ini lari ke tempat lain.

“Sebab itu majoriti (penduduk yang berdiam diri) di DUN Gedong menyokong GPS dan kepimpinan Abang Johari sebagai presiden PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) dan pengerusi GPS,” kata beliau.

Naroden membayangkan sekiranya beliau melepaskan DUN Gedong dan diganti dengan Abang Johari, sokongan yang diberikan rakyat untuk beliau (Abang Johari) akan bertambah seperti di zaman kepimpinan mendiang Tok Nan.

Di majlis yang sama, Naroden turut meminta agar Gedong dinaikktaraf menjadi sub-daerah setelah pekan tersebut mengecapi pembangunan dalam tempoh beberapa tahun ini.

Gedong memerlukan sistem pentadbiran yang efektif, kata beliau

. — DayakDaily

Advertisement