This Content Is Only For Subscribers
SERIAN, 19 Jun: Pusat Persidangan Serian yang dibina dengan kos RM90 juta kini sudah siap sepenuhnya.
Menurut Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Ir Aidel Lariwoo, ia akan dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 15 Julai ini.
“Pembinaannya mengambil masa 2 tahun, kita telah menguji sistem bunyi dan ia adalah sangat baik.
“Kita sedia maklum bahawa pusat persidangan seperti inj mesti mempunyai sistem bunyi yang baik,” katanya ketika ditemui semasa lawatan ke pusat tersebut hari ini.
Tambah Aidel, Pusat Persidangan Serian boleh menampung sehingga 1,000 orang.
Katanya, ia menjadi kebanggaan penduduk Serian dan boleh digunakan untuk pelbagai acara.
“Projek di tender RM87 juta, tetapi ada tambahan RM3 juta bagi kos konsultan dan pampasan tanah,” ujar Aidel. — DayakDaily