Pusat Pemeriksaan Covid-19 Serian terima sumbangan alat penyukat suhu

John (kiri) menyerahkan sumbangan berupa alat penukat suhu kepada wakil Pusat Pemeriksaan Covid-19 Serian, Dr Kas.

KUCHING, Apr 11: Pusat Pemeriksaan Covid-19 di Serian baru-baru ini telah menerima sumbangan alat penyukat suhu badan daripada ADUN Bukit Semuja, John Ilus.

Alat ini akan dibawa pulang oleh individu (kes) yang disyaki (PUI) semasa menjalani tempoh kuarantin untuk digunakan membaca suhu masing-masing pada setiap hari.

Terdahulu, John turut memberi sumbangan berupa barangan makanan dan minuman kepada pusat tersebut termasuk bahagian logistik dan dobi.

Turut menerima sumbangan adalah petugas-petugas di barisan hadapan seperti polis, bomba dan JPA.

Pusat Pemeriksaan Covid-19 di Serian dalam masa terdekat juga akan menerima sumbangan sarung kasut dari John dengan kerjasama sebuah syarikat pembekal alat-alat perubatan.

Dalam pada itu, sebanyak 5,000 bungkusan makanan asas telah diagihkan kepada penduduk di kawasan DUN Bukit Semuja dan bantuan akan terus disalur kepada yang belum menerima dalam masa terdekat.—DayakDaily.