PRU15: Riot yakin boleh menang, akui Undi18 satu cabaran

Richard Riot Jaem (file photo)

KUCHING, 5 Nov: Penyandang kerusi Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem yakin dapat mempertahankan kerusi majoriti Bidayuh walaupun berkemungkinan menghadapi cabaran daripada Undi18.

Beliau yakin dapat mempertahankan kerusi tersebut berbekalkan pengalaman lalu yang telah mewakili kerusi tersebut semenjak taun 1990.

“Markas kita (pusat operasi sudah ditubuhkan lebih dari seminggu yang lalu, semua sudah bersedia namun dalam politik, sudah tentu saya boleh menang tetapi tidak juga terlalu yakin,” kata Riot kepada media.


Kata Riot, dia yakin boleh menang, kalau tidak sudah tentu beliau tidak diterima Parti Sarawak (GPS) semasa dicalonkan.

“Kalau saya tidak yakin boleh menang di kerusi tersebut, saya tidak akan setuju walaupun dicalonkan (GPS),” tambah nya lagi.

Pada Plilihanraya Umum Ke-15 kali ini (PRU15), beliau mengakui sukar untuk mendalami sentimen pengundi muda dan pengundi baharu.

“Oleh sebab itu buat masa ini, sukar untuk menyatakan berkenaan Undi18 yang juga pengundi baharu,” kata beliau.

Beliau juga mengatakan bahawa parlimen Serian tidak pernah dimenangi tanpa ditandingi semasa Pilihanraya Umum sebelum ini.

Kata Riot yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Rayat Sarawak (SUPP), parti berharap boleh memenangi sekurang-kurangnya empat daripada tujuh kerusi yang akan ditandingi.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berkenaan kerusi tersebut.

Selain daripada Parlimen Serian, SUPP juga meletakkan calon di kerusi Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Sibu, Lanang dan Miri.

Pada Pilihanraya Umum Ke-15 ini, beliau akan ditentang tiga calon iaitu Learry Jabul dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), calon Bebas, Alim Impira dan Elsiy Tinggang dari Parti Sarawak Bersatu (PSB)

Pada PRU 14, Riot telah memenangi kerusiParlimen Serian dalam pertembungan tiga penjuru dan memperolehi of 9,905 majoriti undi. — DayakDaily