PRU15: GPS rampas semula Parlimen Lubok Antu

Official results for P203 Lubok Antu. Screenshot taken from a Sarawak Public Communications Unit Facebook livestream.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


LUBOK ANTU, 19 Nov: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya merampas semula kerusi Parlimen Lubok Antu setelah calonnya Roy Gingkoi menang dengan undi majoriti 100 undi.

Roy yang merupakan calon baharu dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) menewaskan penyandang Jugah Muyang dari Perikatan Nasional (PN), Johnical Rayong Ngipa (Parti Sarawak Bersatu) dan Langga Lias dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Roy memproleh 6,644 undi manakala Rayong dengan 6,544 undi dan Jugah mendapat 5,360 undi.

Langga dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula hanya memperolehi 746 undi.

Terdapat seramai 28,995 pengundi berdaftar untuk Parlimen Lubok Antu pada PRU15 ini manakala peratusan keluar mengundi ialah 67.38 peratus. — DayakDaily