Proses tender kompleks sukan Balai Ringin akan dibuka

Football. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 11 Ogos: Proses tender untuk satu komplek sukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin dengan kos sebanyak RM10 juta akan dilangsungkan tidak lama lagi.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan mendedahkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah pun mengumumkan peruntukan bagi pembinaanya Ogos 2019 lalu selepas beliau mengemukakan cadangan kompleks sukan itu.

“Proses tender akan dijangka tidak lama lagi. Ini adalah satu anugerah yang terbaik dan amat bermakna kepada belia-belia dan atlet-atlet di Balai Ringin,” menurut beliau melalui satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.


Snowdan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin mendedahkan komplek sukan ini yang dibina kerajaan negeri akan mempunyai trak larian piawaian antarabangsa, padang bola sepak, dua gelanggang futsal, dan ‘grandstand’ awam dan VIP.

Disamping itu terdapat juga dewan serbaguna yang boleh menempatkan 1,500 orang, dua gelanggang badminton, gelanggang sepak takraw, bangunan pejabat dan bilik taklimat dan persidangan dan juga dinding aktiviti memanjat (‘rock climbing’). — DayakDaily