KUCHING, 30 April: Program Jalinan Mesra Bumi Kenyalang 2023 menekankan peranan pemimpin masyarakat dan pemimpin agama.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Aro Dagang berkata, ia juga melibatkan pertubuhan bukan kerajaan.
“Ia merupakan aktiviti berkaitan silang budaya khususnya bagi meraikan perayaan-perayaan yang disambut di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Melalui aktiviti seperti ini, tambah Aaron, jalinan perpaduan yang lebih erat dapat disemai.
Katanya, ia terus dipelihara dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan agama.
Justeru Aaron berharap agar program seumpama ini dapat diperluas.
“Ini dengan penglibatan lebih banyak agensi awam dan swasta khususnya bagi mencapai aspirasi perpaduan nasional melalui konsep ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’,” katanya. — DayakDaily