Bantuan khas RM300 untuk nelayan Sarawak

The Sarawak Legislative Assembly (DUN) Complex in Kuching.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Nov 4: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan Ekonomi mengumumkan bantuan khas RM300 untuk para nelayan di negeri ini pada musim landas.

Katanya, bantuan tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM9.1 juta dan peruntukan dari segi bantuan peralatan sebanyak RM20 juta.

“Dengan bantuan ini, kita harap dapat membantu mengurangkan beban kewangan para nelayan pada musim landas.

“Kita juga berharap dapat membantu meningkatkan produktiviti dengan penggunaan peralatan yang lebih baik,” katanya.


Selain itu beliau juga mendedahkan kerajaan negeri akan meneruskan inisiatif projek tukun tiruan di perairan negeri untuk membantu menambah pendapatan para nelayan.

Tambah Abang Johari, inisiatif itu akan memelihara dan meningkatkan sumber ikan di perairan Sarawak.

Katanya, sejumlah RM60 juta telah diperuntukan pada tahun 2020 untuk menempatkan tukun tiruan di perairan Sarawak. — DayakDaily