Produk luncheon babi dalam tin dari China ditarik balik dari pasaran

Dr Adrian (kiri) pada sidang media Sarawak AgroFest 2019 di Kuching. Turut kelihatan Roland (tengah).
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Okt 28: Sarawak menarik balik produk luncheon babi dalam tin dari China yang berada di pasaran tempatan.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS), Dr Adrian Susin berkata keputusan diambil setelah produk tersebut dikesan mengandungi virus African Swine Fever (ASF).

Advertisement

“Virus dikesan pada salah satu daripada 17 sampel luncheon babi dalam tin diimport dari China yang dilakukan ujian asid Deoxyribonucleic (DNA) ASF.

“Produk ini ditarik balik dari pasaran tempatan dan ia adalah sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media Sarawak AgroFest 2019 yang dilakukan Menteri Muda Tanah Adat Datuk Roland Sagah di sini, hari ini.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, beliau mendedahkan bahawa virus berkenaan yang dikesan telah disahkan oleh Kesihatan Awam Veternari DVS, Salak Tinggi semasa ujian makmal menggunakan Real Time Polymerase Chain Reaction (q-PCR) pada 25 Oktober 2019.

Katanya, JPVS serta agensi-agensi lain akan melakukan pemeriksaan di semua pasar raya dan makanan yang dijangkiti virus berkenaan akan ditarik balik dari pasaran. — DayakDaily

Advertisement