Produk hidrogen mampu sumbang RM20 bilion KDNK

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Hj Openg (tengah) bergambar dengan wakil-wakil SEDC Energy, Sumitomo Corporation dan Eneos Corporation
Advertisement

Oleh Cornelius Kadir Edison

KUCHING, 23 Okt: Produk hidrogen mampu menyumbang pendapatan RM16 bilion hingga RM20 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) apabila kemudahan pengeluaran berskala besar di Bintulu siap menjelang 2023.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, potensi Industri berasaskan pengeluaran hidrogen di Sarawak bertambah cerah dengan penyertaan dua syarikat dari Jepun iaitu Sumitomo Corporation dan Eneos Corporation dengan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) untuk membangunkan loji hidrogen di Bintulu.

Advertisement

ā€œKedua syarikat gergasi dari Jepun ini mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam pengeluaran hidrogen berskala besar yang menjanjikan jaminan untuk membantu Sarawak muncul sebagai antara pengeluar utama bahan api alternatif hidrogen.

ā€œPerkongsian Strategik antara SEDC dengan syarikat-syarikat ini akan membuka jalan bagi Sarawak untuk melangkah lebih jauh dalam agenda ekonomi hidrogen yang turut dilaksanakan oleh negara-negara maju,ā€ katanya.

Katanya, perkongsian untuk membina kemudahan tersebut sesuatu yang baik kerana apabila kemudahan itu siap sepenuhnya pada 2023 ia berupaya menampung permintaan dan keperluan pembeli terhadap bahan api alternatif.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Hj Openg (berdiri-tengah) menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SEDC Energy Sdn Bhd , Sumitomo Corporation dan Eneos Corportion

ā€œPenggunaan kenderaan berkuasa hidrogen yang lebih bersih dan mesra alam dijangka akan meningkat pada masa selepas itu,ā€ katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SEDC Energy Sdn Bhd dengan dua syarikat Jepun itu, di sini hari ini.

SEDC diwakili Pengurus Besarnya, Abdul Hadi Abdul Kadir, manakala Sumitomo Corporation diwakili Pengurus Besar Bahagian Tenaga, Hajime Mori dan Eneos Corporation diwakili Naib Presiden Kanan, Miyata Tomohide.

Menurut Abang Johari, loji hidrogen itu berupaya mengukuhkan ekonomi Sarawak dan turut meningkatkan keupayaan penjanaan tenaga boleh diperbaharui sejajar dengan dasar ekonomi hijau yang secara aktif menjadi sasaran seluruh dunia.

ā€œMasalah umum yang kita semua hadapi adalah pelepasan karbon yang disebabkan oleh penggunaan bahan bakar fosil yang secara tidak langsung mempengaruhi kos sara hidup semua lapisan masyarakat kita dan ini perlu ditangani dengan berkesan.

ā€œKita tidak dapat melihat pengeluaran tenaga boleh diperbaharui sebagai bentuk kawalan kerosakan terhadap alam sekitar tetapi hakikatnya ia adalah sumber tenaga alternatif mampan yang terdapat di sekeliling kita seperti daripada air, matahari dan juga angin,ā€katanya. ā€“DayakDaily

Advertisement