PRN: GPS pertahan DUN Meluan menerusi calonnya Rolland Duat

Rolland Duat Jubin

KUCHING, 18 Dis: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N48 Meluan kekal milik Gabungan Parti Sarawak (GPS) setelah calonnya Rolland Duat Jubin menewaskan 2 pencabar lain.

Rolland memperolehi 5,269 undi mengatasi calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Elly Lawai Ngalai yang memperoleh 4,447 undi.

Sementara itu calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Abdul Razak Siong hanya memperoleh 186 undi dan hilang deposit.

Rolland menang dengan majoriti 677 undi. — DayakDaily