Premier terima kunjungan hormat Syarikat Enuma

Soo ketika ditemui media.

KUCHING, 3 Okt: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Enuma, Soo In Lee di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia.

Menurut Soo, kujungan hormat tersebut bertujuan untuk berkongsi perkembangan terkini mengenai peranti digital berasaskan Artificial Intelligence (AI).

Ia digunakan oleh syarikatnya untuk meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari bahasa inggeris dan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).


Katanya, mereka turut berancang untuk memperkembangkan pengunaan sistem tersebut di peringkat prasekolah sebagai menyediakan anak muda dalam bidang-bidang terbabit sejak peringkat awal.

“Kita juga mempunyai perancangan untuk melaksanakan program ini di 10 hingga 15 sekolah dengan sokongan Yayasan Khazanah.

“Rancangan seterusnya adalah melaksanakan program kita di 10 hingga 15 sekolah sokongan,” katanya ketika ditemui. — DayakDaily