Premier Sarawak hadir Majlis Berbuka Bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan

Abang Johari hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Atrium Dewan Undangan Negeri. Foto: Ukas

KUCHING, 5 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Atrium Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), majlis dihadiri seramai 300 orang terdiri daripada menteri-menteri kabinet negeri, timbalan-timbalan menteri, ketua-ketua jabatan serta penjawat awam negeri dan persekutuan.

Selepas berbuka puasa, beliau bersama jemputan lain yang beragama Islam telah menunaikan Solat Berjemaah Magrib, Isya’ dan Sunat Tarawih di Surau Aras 1 DUN.


Hadir sama pada majlis itu adalah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Jaul Samion dan Setiausaha Persekutuan Sarawak Dato’ Amir Omar. — DayakDaily