Polis terima dua laporan kes amang seksual libatkan guru di Padawan

Mancha pada sidang media di Kuching.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 14 Nov: Polis menerima dua laporan berkaitan kes amang seksual yang dipercayai dilakukan seorang guru di sebuah sekolah di Padawan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, pihaknya menerima laporan polis itu yang melibatkan dua mangsa lelaki berusia 15 tahun.


“Dua laporan polis telah diterima daripada dua penjaga mangsa pada 12 November 2023 jam 3.55 petang yang mendakwa mereka dicabul oleh seorang guru yang juga merupakan warden asrama pelajar lelaki sekolah berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hari ini.

Tambah Mancha guru terbabit berusia 40 tahun dan kes masih lagi dalam siasatan.

Menurut kenyataan polis, semasa mangsa demam, guru terbabit telah membawa mangsa ke rumahnya di sekolah tersebut dengan tujuan menjaga mangsa.

Semasa di rumah aspek, mangsa telah disentuh secara seksual semasa memandikan mangsa dan semasa mangsa sedang berehat. — DayakDaily