Polis tahan pemandu e-hailing disyaki meraba paha penumpang wanita

The suspect (second right) was brought to IPD Miri on Monday for further action.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 11 Mei: Disyaki meraba paha seorang penumpang wanita, seorang pemandu e-hailing ditahan polis pada Isnin (9 Mei).

Menurut sumber polis, suspek berusia 53 tahun itu ditangkap sekitar jam 10.50 malam di tepi Jalan Marina Square oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri untuk tindakan lanjut selepas dilaporkan meraba paha kanan mangsa dalam kejadian pada petang Sabtu (7 Mei) dalam jam 6 petang.


Dalam kejadian itu, sekitar jam 6 petang itu, mangsa telah melanggan perkhidmatan e-hailing sebuah kereta Kancil dipandu oleh suspek untuk ke rumah rakannya di Desa Murni.

Semasa berada didalam kenderaan tersebut pemandu kenderaan itu dipercayai telah bertindak meraba mangsa dibahagian atas paha sebelah kanannya.

Suspek turut dilapor dilihat mengeluarkan sesuatu seperti botol jenis penyembur.

Bimbang dan ketakutan, sesampai sahaja di lampu isyarat berhampiran Poliklinik Tudan mangsa terus keluar daripada kenderaan tersebut.

Mangsa telah tampil ke Balai Polis Pusat Miri membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. — DayakDaily