Oleh Brad Rantayy
MIRI, 29 Mac: Berang selepas ditanya oleh isterinya tentang hubungannya dengan wanita lain, seorang lelaki disyaki bertindak membelasah isterinya.
Suspek berusia 31 tahun itu telah ditahan pihak polis awal pagi tadi di kediamannya di Piasau.
Siasatan awal memdapati kejadian berlaku selepas mangsa bertanya kepada suspek mengenai hubungannya dengan seorang wanita.
Suspek secara tiba-tiba ‘naik minyak’ lalu mencederakan mangsa dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11 malam Isnin (28 Mac).
Mangsa telah tampil ke Balai Polis Pusat Miri untuk membuat satu laporan mengenai kejadian.
Suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atau Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga. — DayakDaily