Polis Sarawak terima 3 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya

Royal Malaysia Police logo

KUCHING, 9 Nov: Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak telah menerima satu laporan berkaitan kesalahan melakukan khianat dengan merosakkan bendera sebuah parti politik di daerah Sarikei.

Jurucakap media IPK Sarawak bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Supt Douglas Nyeging dalam satu kenyataan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Pihaknya juga turut menerima dua laporan daripada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) berkaitan tindakan menurunkan empat banner kerana melanggar syarat dan peraturan yang telah ditetapkan di Jalan Padungan.

“Kedua adalah laporan berkenaan tindakan menurunkan bendera sebuah parti politik kerana di pasang di kawasan di mana parti tersebut tidak bertanding di Jalan Kampung Gersik di Kuching.

“Kedua-dua kes dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut,” kata Douglas.

Dalam kenyataan yang sama, beliau berkata pihak polis pada 8 November telah meluluskan sebanyak 146 permit ceramah dan kempen kepada parti-parti politik di seluruh Negeri. ā€” DayakDaily