Polis mohon bantu cari Mohamed Hanafi

Mohamed Hanafi

KUCHING, 17 Feb: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah sekitar jam 11 malam pada 15 Februari baru-baru ini.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dalam kenyataan medianya memohon orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya ada melihat atau menjumpai Mohamed Hanafi Mohamed Nassir, 35 tahun.

Katanya, laporan polis telah dibuat oleh bapa Hanafi sendiri di Balai Polis Batu Kawa pada lewat malam tadi.


Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Balai Polis Batu Kawa di talian 082-436411 atau Ketua Polis Balai Batu Kawa Inspektor Syahrulhafizy Ghazali di talian 013-2299699. — DayakDaily