Oleh Brad Rantayy
MIRI, 16 Mac: Seorang remaja lelaki ditahan pada pagi tadi selepas didapati mengedarkan kad pinjaman wang tanpa lesen atau ‘Ah Long’ di Jalan Kwang Tung di sini.
Ketua polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata suspek warga tempatan berusia 18 tahun itu, ditahan sekitar jam 10.30 pagi (16 Mac) ketika mengedarkan risalah tersebut.
Penahanan dibuat oleh anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri(JSJ).
Pemeriksaan lanjut ke atas bag sandang milik suspek mendapati ada lebih 200 keping kad pinjaman wang tanpa lesen di dalamnya.
Suapek seterusnya dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 29A (1) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, iaitu membantu mengedarkan risalah pinjaman tanpa lesen. — DayakDaily