PM rasmi Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sarawak

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sarawak
Advertisement

KUCHING, 1 Ogos: Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sarawak mulai 5 hingga 7 Ogos ini akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Majlis perasmian yang diadakan di Dataran Perayaan Petra Jaya turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta pemimpin-pemimpin kerajaan di peringkat negeri dan pusat.

Menurut Menteri Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, pelbagai pengisian telah diatur bagi menjayakan program tersebut.

Advertisement

“Namun yang menarik saya percaya dan dijangka menjadi tumpuan pengunjung ialah Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia.

“Saya difahamkan pada karnival di Kelantan baru-baru ini hampir seribu pemohon telah mendapat pekerjaan.

“Saya harap dalam siri Jelajah Aspirasi di Sarawak, kerajaan bersama institusi pendidikan serta agensi pusat dapat melakukan padanan dan tawaran kerja yang seiring dengan potensi rakyat negeri ini,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian wawancara khas Program Malaysia Hari Ini di Tv3 pagi tadi.

Antara pengisian siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sarawak ialah kaunter perkhidmatan dan pameran agensi dan kementerian, Jualan Keluarga Malaysia, Jualan Usahawan Industri Kecil Dan Sederhana dan Slot Citra Rasa Keluarga Malaysia. — DayakDaily

 

Advertisement