PM: Jawatankuasa khas diwujudkan bagi menyiasat kes kematian Muhammad Adib

Muhammad Adib Mohd Kassim

KUCHING, 9 OKT: Satu jawatankuasa khas diwujudkan bagi menyiasat kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata, keputusan dibuat dalam mesyuarat kabinet pada 8 Oktober 2021.

“Jawatankuasa itu adalah bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap Muhammad Adib,” katanya.


Menurut Ismail, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya, mesyuarat turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Marican Naina Merican dan Peguam Negara Tan Sri Idris Harun.

Pada mesyuarat itu, kabinet juga memutuskan untuk mengadakan semakan semula undang-undang berkenaan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh.

Mesyuarat juga memutuskan untuk melakukan siasatan mengenai dakwaan terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas. — DayakDaily