This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 6 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan dasar mewajibkan pembinaan rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) dalam semua projek perumahan.
Mengambil contoh di Kuala Lumpur, Anwar berkata, sasaran sebelum ini untuk membina lebih banyak rumah mampu milik belum tercapai.
“Perubahan penetapan syarat itu bertujuan memastikan jumlah rumah berkenaan dapat ditingkatkan untuk keperluan rakyat tidak berkemampuan.
“Masalah itu dianggap serius dan di ibu negara, terdapat 3,000 permohonan untuk mendiami rumah mampu milik atau PPR dalam setahun, sedangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya mampu menawarkan 300 unit dalam tempoh sama,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Tambah Anwar, dalam Mesyuarat dua bulan lepas tidak meluluskan mana-mana projek perumahan (di Kuala Lumpur) sekiranya mereka (pemaju) tidak membina unit rumah mampu milik atau PPR dalam projek sama. — DayakDaily