This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 22 Ogos: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Senator Abun Sui Anyit tidak setuju dengan cadangan Perikatan Nasional (PN) untuk menggunakan logo berbeza pada sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia tahun ini.
“Saya tidak setuju kalau negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang menggunakan logo dan tema berbeza.
“Kita kena sama-sama mematuhi apa namanya sistem bernegara demokrasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Abun, kita harus melaksanakan polisi dan arahan apa yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan termasuk logo dan tema.
Apabila Kerajaan Persekutuan sudah dibentuk katanya, semua kena patuh dan melaksanakan agenda Kerajaan Persekutuan.
“Lebih-lebih lagi Kerajaan Perpaduan sekarang sentiasa ingin bekerjasama dengan semua Kerajaan Negeri termasuk yang diperintah Pembangkang,” ujar Abun. — DayakDaily