PKR Sarawak kenal pasti punca kekalahan pada PRN12

Logo PKR

KUCHING, 4 Jan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak telah mengenal pasti punca-punca kekalahan pada Pilihanraya Negeri Ke-12 lepas.

Sekreteriat Penerangannya dalam satu kenyataan berkata, parti sedang mengkaji kelemahan-kelemahan lain agar dapat memahami kehendak rakyat Sarawak.

Katanya, ia bagi memperbaiki gerak kerja sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.


“PKR menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat Sarawak.

“Kita menyeru agar kerajaan Gabungan Parti Sarawak melaksanakan mandat rakyat dengan penuh bertanggungjawab.

“Ini bagi memastikan rakyat Sarawak mendapat infrastruktur asas yang lebih baik, perkhidmatan awam yang lancar dan peluang pekerjaan serta penjanaan ekonomi yang mantap dalam masa 5 tahun yang akan datang,” katanya.

Menurut kenyataan itu, PKR akan terus memperjuangkan hak rakyat dan meneruskan agenda reformasi agar Sarawak ditadbir dengan lebih sempurna dan nasib rakyat akar umbi dibela.

Ujarnya, PKR akan terus memainkan peranan semak imbang di luar Dewan Undangan Negeri Sarawak. ― DayakDaily