PKR Sarawak bantah sekerasnya keputusan hantar pegawai polis bermasalah ke Sarawak dan Sabah

Parti Keadilan Rakyat logo.

KUCHING, 3 Ogos: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak membantah sekerasnya keputusan polis menukar sembilan anggotanya yang disiasat terlibat kes peras ugut ke Sabah dan Sarawak.

PKR Sarawak dalam satu kenyataan berkata, rakyat di kedua-dua negeri juga tidak bersetuju dengan langkah tersebut.

“Jika Kerajaan Persekutuan mengamalkan ini sebagai polisi untuk mendisiplinkan kakitangan bermasalah, PKR Sarawak membantah sekeras-kerasnya polisi ini,” katanya.

Dalam pada itu, PKR berharap Kerajaan Sarawak melaksanakan kuasa imigresen untuk menghalang keputusan ini.

“Seolah-olah pemimpin Kerajaan Sarawak telah membenarkan Sarawak dijadikan tong sampah Kerajaan Persekutuan iaitu sejak zaman Barisan Nasional lagi seperti yang dinyatakan sesetengah pihak,” katanya. — DayakDaily