PKR kecam kenyataan ‘Ketua Kaum yang sokong pembangkang tidak layak terima gaji kerajaan’

Abun Sui Anyit

KUCHING, 25 Jan: Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mengecam kenyataan Menteri Muda Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis, yang didakwa mengatakan adalah tidak masuk akal untuk Ketua Kaum atau Tuai Rumah yang menyokong pembangkang menerima gaji dari kerajaan.

Ketua penerangannya Abun Sui Anyit berkata sokongan setiap pengundi semasa pilihan raya adalah hak individu untuk menyokong mana-mana parti atau calon yang bertanding.

ā€œJika beliau bermaksud sokong pembangkang semasa pilihan raya negeri yang lepas, bermakna kenyataan YB Francis mengelirukan rakyat.


ā€œKetua Kaum atau Tuai Rumah sebagai individu berhak dan bebas di bawah undang-undang untuk menyokong mana-mana parti politik dalam negara kita sebagai negara demokrasi.

ā€œYB Francis Harden tidak boleh mencampuradukkan sokongan semasa pilihan raya dengan tugas hakiki seseorang Ketua Kaum atau Tuai Rumah selepas pilihanraya selesai,ā€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Francis yang dikeluarkan oleh akhbar tempatan semalam (24 Jan) yang didakwa berbunyi ā€œtidak masuk akal Ketua-Ketua Kaum yang menyokong pembangkang menerima gaji dari kerajaanā€.

Abun turut berkata seseorang Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat tidak boleh memegang jawatan politik menurut Ordinan Ketua-Ketua Masyarakat Dan Ketua-Ketua Kaum 2004 (Community Chiefs And Headmen Ordinance, 2004).

ā€œSebaliknya, adalah tidak masuk akal YB Francis Harden membuat kenyataan tersebut. Kenyataan yang betul sepatutnya: ā€˜Adalah tidak masuk akal Ketua-Ketua Kaum tidak dibayar gaji kerana menyokong pembangkang semasa pilihan rayaā€™,ā€ ujarnya. ā€“ DayakDaily