KUCHING, Jun 17: PKR Hulu Rajang memohon kepada kerajaan GPS untuk segera membaiki jalan di kawasan Kampung Sihan, Belaga.
Menurut ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Rajang Abun Sui Anyit, jalan di kawasan tersebut pasti tidak
dapat dilalui jika kejadian banjir berlaku di kawasan Tubau.
“Jalan ini pasti tidak dapat dilalui apabila sekurang-kurangnya tiga tempat di kawasan Tubau banjir apabila hujan lebat berterusan selama dua hari atau lebih,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Tambah Abun, masalah ini telah dihadapi penduduk sekitar sejak lima tahun lalu .
Justeru katanya, Adun Belaga Datuk Liwan Lagang dan MP Kapit Datuk Wilson Ugak harus bertindak segera mencari kaedah menyelesaikan masalah rakyat ini. — DayakDaily