PKP: Individu prihatin, sumbang 80 pek makanan

Wee (tengah) menerima sumbangan berupa 80 pek makanan yang akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Kuching.

KUCHING, April 8: MBKS hari ini menerima sumbangan sebanyak 80 pek makanan untuk diagihkankan kepada golongan miskin dan yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumbangan tersebut datang dari seorang individu wanita di Pending dan diselaraskan Setiausaha Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Milton Foo.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng ketika ditemui hari ini berkata, ia menunjukan keprihatinan individu untuk mambantu golongan yang terjejas akibat PKP.

“MBKS akan mengendalikan sumbangan ini dan akan mengagihkannya kepada keluarga atau individu yang memerlukan yang tinggal di kawasan bandar.

“Diharap, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka melalui masa sukar ketika ini,” katanya.


Setiap pek sumbangan mengandungi beras, biskut, makanan kering, gula, garam, minyak masak, minuman dan keperluan harian seperti ubat gigi dan sabun. — DayakDaily