PKP dedahkan wanita kepada kes keganasan rumah tangga

Fatimah (tengah) ketika sidang media menerusi aplikasi Zoom meeting hari ini (11 Feb)
Advertisement

Oleh Cornelius Kadir Edison

KUCHING, 11 Feb: Perlaksanaan perintah kawalan Pergerakkan (PKP) yang mula dilaksanakan sejak Mac tahun lalu sedikit sebanyak telah mendedahkan golongan wanita kepada kes keganasan rumah tangga, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Katanya, terdapat peningkatan jelas dalam statistik kes berkenaan bagi bulan yang sama tahun ini berbanding dengan tahun lalu.

Advertisement

“Jika kita lihat kes keganasan rumah tangga bagi bulan Januari tahun lalu dengan Januari tahun ini, terdapat peningkatan ketara dalam jumlah tersebut.

“Situasi ini disebabkan wanita berkenaan terpaksa duduk bersama dengan pasangan mereka yang memiliki sifat pendera,” katanya pada sidang media menerusi aplikasi Zoom Meeting di sini hari ini.

Beliau berkata, perlaksanaan PKP terbabit juga menyebabkan perkhidmatan sokongan bagi membantu wanita-wanita ini turut tersekat atau tidak sampai kepada golongan wanita yang memerlukan ini.

Katanya, perlaksaan PKP tersebut juga memberikan bebanan tanggungjawab yang lebih khususnya dalam menguruskan institusi keluarga selain perlu memantau aktiviti anak-anak mereka yang terlibat dengan sesi pembelajaran dalam talian.

“Tanggungjawab golongan wanita pada ketika ini adalah lebih berat dengan perlu membantu anak-anak dalam sesi pebelajaran mereka serta masa untuk melakukan tugasan rumah tangga yang lain.

“Keadaan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pemasalahan lain termasuk melibatkan kesihatan mental golongan terbabit,” katanya.

Fatimah berkata, bagi menangani masalah tersebut kerajaan perlu mengambil kira penyelasaian dengan memperkasakan kumpulan sokongan kepada golongan tersebut dengan mengubal dasar yang menjurus dan memberikan fokus kepada keperluan unik golongan terbabit.

Katanya ia dengan menilai semula Sistem Kebajikan Kebangsaan untuk mencari kaeadah memperkasakan sistem tersebut, menjadikan ia lebih telus dan mudah diakses oleh golongan yang mermerlukan.

“Selain itu, tindakkan untuk memperkasakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai kuasa ketiga dalam membantu melahirkan komuniti yang lebih sihat memandangkan NGO ini berada di seluh negeri,” katanya. — DayakDaily

Advertisement