PKP: Agihan bekalan makanan DUN Machan lancar

Sekitar program pengagihan bantuan bekalan makanan di DUN Machan.

KUCHING, 5 April: Kerja-kerja pengagihan bekalan makanan di kawasan DUN Machan sedang giat dilaksanakan mulai semalam.

Pengagihan yang dijayakan Pusat Khidmat ADUN Machan, Allan Siden Gramong, dilakukan mengikut senarai ketua isi rumah (KIR) yang diperoleh dengan kerjasama Pejabat Daerah Kanowit.

Sekitar program pengagihan bantuan bekalan makanan di DUN Machan.

“Semalam, pengagihan melibatkan beberapa KIR manakala yang belum menerima akan diagihkan pada minggu hadapan.

“Bantuan adalah untuk meringankan beban mereka yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” menurut Allan dalam kenyataan media. — DayakDaily