PGA Sarawak catat kejayaan sebanyak RM34.24 juta menerusi ops


Oleh Dean Adam

KUCHING, Okt 17: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak mencatatkan kejayaan sebanyak RM34,244,987.50 juta mulai tahun 2016 hingga Oktober 15 lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Azman Yusof berkata, kejayaan yang direkodkan itu adalah menerusi Ops Awas, Ops Batas dan Ops Libas.


Katanya, pada 2016, sebanyak RM15.1 juta telah dicatatkan hasil kejayaan Ops Batas dan Ops Libas.

Azman (empat dari kanan) dan Khaw (lima dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para pegawai PGA Sarawak.

“Manakala pada 2017, PGA Sarawak berjaya merekodkan kejayaan sebanyak RM7.03 juta dan ia menunjukkan penurunan.

“Bagaimanapun, setakat sepuluh bulan pertama ini sahaja iaitu sehingga Oktober 15, pasukan kita berjaya mencatatkan kejayaan sebanyak RM12.06 juta,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Briged PGA Sarawak di sini hari ini.

Hadir sama ialah, Komander Briged PGA Sarawak, SAC Dato’ Khaw Kok Chin dan Pegawai Pemerintah PGA Batalion 11, Supt Rosdi Inai. ā€” DayakDaily