Petugas MBKS dicekup disyaki lakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak lelaki

Royal Malaysia Police logo

Oleh Dean Adam

KUCHING, Dis 10: Seorang petugas majlis tempatan dicekup selepas disyaki melakukan serangan seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki di dalam sebuah tandas di bangunan majlis tersebut di sini pada Disember 6 lepas.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Denis Leong Soon Kuai, lelaki berusia 55 tahun berkenaan telah diberkas oleh polis kira-kira pukul 12 tengah hari pada Disember 8 lepas.


Menurutnya, tangkapan itu dilakukan sehari selepas bapa mangsa membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

“Buat masa ini, suspek masih direman selama empat hari untuk membantu siasatan lanjut.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 14(a), Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya kepada DayakDaily di sini hari ini.

Leong menambah, jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan disebat. ā€” DayakDaily