Petugas di Bangunan Score cemas, lif tiba-tiba terbakar

Kelihatan kesan kebakaran melibatkan sebuah lif.

Oleh Dean Adam

MUKAH, April 10: Petugas di Bangunan Score di sini dikejutkan dengan kejadian kebakaran melibatkan sebuah lif di bangunan tersebut, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, sebuah lif berkenaan telah terbakar kira-kira 100 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.48 pagi.

ABANG JOHARI

Jelasnya, sepasukan empat anggota bomba dari BBP Mukah kemudian diarahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi pemadaman kebakaran.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan kebakaran itu melibatkan sebuah lif di situ.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran tersebut telah terpadam apabila sistem penyembur berfungsi dengan baik,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, pasukan bomba seterusnya membuat pemantauan menyeluruh untuk memastikan api telah padam sepenuhnya.

Ujarnya, kebakaran itu telah memusnahkan 100 peratus lif tersebut.

“Punca kebakaran sedang dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada pukul 4.40 pagi,” katanya. — DayakDaily