Petani ditangkap memiliki senapang angin di Bau

Anggota polis membuat pemeriksaan di dalam rumah suspek.
Advertisement

BAU, 4 Julai: Seorang petani ditangkap selepas didapati memiliki selaras senapang angin dalam satu serbuan ‘Op Laras’ di Kampung Serasot, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata suspek berusia 54 tahun dan berasal dari Kampung Quop, Jalan Penrissen.

Jelasnya, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bau telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah di kampung tersebut sekitar jam 2.45 petang.

Advertisement

Katanya, hasil pemeriksaan telah menemui selaras senapang angin disembunyikan di dalam rumah tersebut.

Senapang angin yang dirampas daripada suspek.

Ekoran itu, suspek kemudian ditahan dan senapang tersebut dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Sekiranya disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. — DayakDaily

Advertisement